Wednesday, November 18, 2009

Mujahadatunnafs (Mengendalikan Diri)


Di dalam kehidupan ini setiap insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalahnya ia kalah atau ia tetap dalam pertarungan yang
tiada henti. Memang pertarungan ini tidak akan berhenti sehingga ajal
menjemputnya. Allah Berfirman:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. َفَأْلهَمَهَا ُفجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قدْ َأفَْلحَ مَنْ زَكَّاهَا وََقدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada takwa; Sesungguhnya bahagialah orang yang menjadikan dirinya bersih dan bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya kotor dan terbenam dalam kekotoran maksiat. (Asy-Syams:7-10)

Inilah yang terkandung dalam sabda yang diisyaratkan oleh beliau saw:

تعرض الفتن على القلوب كالحصير عودا عودا فأيما قلب أشرﺑﻬا نكت فيها نكتة السوداء وأيما قلب أنكرها نكت فيها نكتة بيضاء حتى تصير على أحد قلبين :على أبيض مثل الصفاة فلا تضره فتنة والآخر أسود مربادا لا يعرف معروفا ولا ينكر منكرا

Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Hati yang dihinggapi oleh fitnah, niscaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga jika hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehingga hati tersebut terbahagi dua: Sebagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Adapun sebagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran. (Muslim dari Huzaifah bin Yaman)

Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbagi pada 3 golongan:

1. Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.

Mereka hidup dengan kemaksiatan di atas muka bumi ini dan ingin hidup kekal di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka. Golongan ini lupa dan lalai (kebesaran dan nikmat) Allah, lalu Allah juga membiarkan mereka. Di dalam Al-Quran Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu, Allah berfirman:

َأَفرََأيْتَ مَنِ اتَّخَذ إَِلهَهُ هَوَاهُ وََأضَلَّهُ اللَّهُ عََلى عِلْمٍ وَخَتَمَ عََلى سَمْعِهِ وََقلْبِهِ وَجَعَ َ ل عََلى بَصَرِهِ غِشَاوًَة َفمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ َأَفَلا تَذَكَّرُون

“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah karena diketahui-Nya (Bahwa dia tetap kufur ingkar) dan ditulikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta ada lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia demikian)? Oleh karena itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. (Al-Jathiyah:23)

2. Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.

Dalam menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini mencapai kemenangan dan ada kalanya mereka kalah. Namun apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sadar dan menyesal serta memohon ampun kepada Allah. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ إِ َ ذا َفعَلُوا فَاحِشًَة َأوْ َ ظَلمُوا َأنْفُسَهُمْ َ ذ َ كرُوا اللَّهَ فَاسْتَغَْفرُوا لِ ُ ذنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وََلمْ يُصِرُّوا عََلى مَا َفعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُو ن

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran :135)

3. Golongan yang berada dalam genggaman syetan dan hawa nafsu sebagaimana bola berada di tangan anak kecil. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada syetan dan hawa nafsu.

Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

كل بني آدم خطاء وخيرا الخطاءين التوابون

“Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat. (Ahmad dan Tirmizi)

Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan: “Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: “Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu”. Lalu Iblis menjawab:

1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).

2. Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berhasil memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon ampun (bila ia sadar) dan dengan istighfar itu rusaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.


bersambung ...........

Tuesday, September 29, 2009

PUASA ENAM MENDAPAT GANJARAN PUASA SEPANJANG TAHUN

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah ‘Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
-Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu ‘alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan Membawa Perubahan

dakwatuna.com – Sepanjang sejarahnya, Ramadhan menghadirkan perubahan besar lagi mendasar. Bangsa Arab yang sebelumnya tidak kenal Tuhan, hidup dalam kesewenang-wenangan, kedzaliman, bahkan terkongkong dalam kejahiliyahan yang sangat kelam, semua tindak kejahatan bermaharajalela, bahkan tradisi mengubur bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebanggaan mereka. Wal’iyadzubillah!

pejalan kaki

Seketika keadaan yang demikian berubah, berubah menjadi kenal Tuhan, hidup manusiawi, toleransi, damai, sejahtera dan menebarkan rahmat bagi alam semesta. Perubahan itu dimulai ketika Al-Qur’an Al-Karim diturunkan ke muka bumi, pada insan pilihan, Nabi Muhammad saw., pada bulan Ramadhan, ya di bulan Ramadhan.

Allah swt. berfirman: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Al-Baqarah:185. Allah swt. juga berfirman:

“Haa miim. Demi Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Ad-Dukhan:1-6

Inilah dalam sejarah panjang manusia, wahyu Allah swt. tersambung kembali dengan bumi, setelah bertahun-tahun sebelumnya kehidupan manusia lepas dari tuntunan wahyu Ilahi. Semua muslim sepakat bahawa Al-Qur’an Al-Karim adalah mukjizat terbesar yang pernah Allah swt. turunkan di muka bumi ini. Allah swt. tidak hanya menciptakan hardware berupa fizikal manusia, tapi juga software, berupa Kitab tuntunan hidup, Al-Qur’an.

Perjalanan sejarah Ramadhan kembali menghadirkan sejarah besar, ketika terjadi suatu perang penentu, “yaumal furqan” antara Islam dan kaum kafir Quraisy, terkenal dengan perang Badar Al-Kubra. Sampai-sampai Rasulullah saw. mengangkat kedua tangan beliau yang mulia tinggi-tinggi berdoa, agar wahyu dan kebenaran Islam dimenangkan. Bahkan beliau mendesak; “Seandainya Engkau tidak memenangkan kelompok ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.” Peristiwa besar itu terjadi di bulan Ramadhan. Umat Islam menang ketika itu, sehingga perubahan boleh dirasakan sampai sekarang ini, di seluruh penjuru dunia.

Di tahun 8 hijriyah, kembali Ramadhan menghadirkan sejarah besarnya. Umat Islam dengan kekuatan 10 ribu kembali ke Mekah, membebaskan Ka’bah Al-Musyarrafah dari ratusan berhala, dan membebaskan bangsa Arab dari kebendaan dan kejahiliahan. Tanpa perlawanan berarti umat Islam yang langsung dipimpin Rasulullah saw. itu menaklukkan Mekah, sehingga terkenal dengan “Fathu Makkah”, Mekah terbebaskan dan terbuka bagi dakwah Islam. Ketika itu, Rasulullah saw. memberi maklumat dan permakluman: “Pergilah, kalian semua merdeka.” Padahal penduduk Mekah sangat takut, sangat khawatir kalau-kalau mereka dibunuh sebagai wujud balas dendam. Tidak ada balas dendam, tidak ada pemaksaan, tidak ada pertumpahan darah. Penduduk Mekah hidup damai di bawah naungan Islam.

Peristiwa besar juga dicatat bulan Ramadhan, pada perang Ain Jalut pasukan muslim mengalahkan Tartar, perang Khiththin, Al-Mu’tashim membela kehormatan seorang muslimah yang dilecehkan tentara romawi dan mengalahkannya, Shalahuddin Al-Ayyubi menaklukkan Syam, Panglima Nuruddin Zanki mengalahkan pesukan salib, dan peristiwa besar lainnya (baca peperangan di bulan Ramadhan).

Ramadhan menghadirkan sejarah besar dalam lintasan kehidupan manusia.

Pertanyaannya sekarang adalah, perubahan apa yang di bawa Ramadhan tahun ini dalam kehidupan peribadi dan masyarakat kita?

Atau sejarah besar apa yang akan kita ukir pada bulan Ramadhan tahun ini?

Kerana boleh jadi, usia kita hanya sampai di sini, tahun ini, tidak berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan.

Silakan masing-masing kita menuliskan hajat besar yang akan direalisasikan dalam Ramadhan tahun ini.

Silakan masing-masing kita merenung, memutuskan sejarah besar apa yang akan kita perbuat di Ramadhan tahun ini.

Silakan masing-masing kita membulatkan tekad, perkara besar apa yang akan menjadi kenangan tak terlupakan dalam Ramadhan tahun ini.

Tentu, masing-masing kita mempunyai hajat, keperluan dan perkara besar yang berbeza-beza.

Sebagai contoh saja, bagi yang diperintah oleh dokter agar segera meninggalakan nekotik alias merokok, mari jadikan Ramadhan kali ini sebagai sejarah perubahan kehidupan kita untuk meninggalkan merokok, meninggalkan barang haram itu. Toh, kita boleh meninggalkan merokok di siang hari Ramadhan, kenapa tidak dilanjutkan di malam hari dan hari-hari selanjutnya selepas Ramadhan. Alasan bahawa kalau tidak merokok tidak ada trend, tidak modern, tidak boleh pikir, tidak boleh kerja hanya bentuk waswasatusy syaithon, jerat-jerat setan saja. Kita boleh meninggalkan sekarang juga, kalau kita mahu.

Contoh lain, bagi pemuda-pemudi yang sudah lama saling kenal, Ramadhan boleh dijadikan momentum sejarah perubahan hidup, menayakan pada ayah pemudi tersebut dan kalau boleh sekaligus melamar, memasuki bulan Syawal, naik ke pelaminan. Bukankah petua mengatakan: “Ikan bawal diasinin, bulan Syawal dikawinin.” Dari pada kenal lama, bahkan bertahun-tahun, namun justeru menjerumuskan kepada kemaksiatan.

Contoh lainnya, target menghatamkan Al-Qur’an bilangan tertentu beserta terjemahnya, dan lain lain… sesuai dengan hajat masing-masing kita.

Masyarakat atau negeri ini juga demikian, sejarah besar apa yang akan kembali dihadirkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara dengan hadirnya bulan Ramadhan ini.

Sebagai contoh saja, meninggalkan rasuah. Kalau kita boleh meninggalkan makanan dan minuman yang halal, kerana milik kita sendiri, namun kita tidak lakukan, kerana itu di siang hari Ramadhan, tentu kita akan lebih boleh meninggalkan barang-barang haram yang jelas-jelas bukan hak-hak kita. Negeri ini dihantui oleh bentuk kejahatan lain, rasuah. Negeri ini hancur kerana banyaknya kes rasuah. Malu rasanya menjadi negara terrasuah. Jadikan Ramadhan sebagai sejarah besar merubah mentaliti hidup. Melayani bukan minta dilayani apalagi mengambil wang rakyat. Juga contoh yang lain…

Ramadhan selalu menghadirkan sejarah besar perubahan, dalam hidup kita. Allahu a’lam

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan, Antara Generasi Awal dan Generasi Sekarang


dakwatuna.com – Betapa besar perbedaan antara shaumnya –puasanya- kita dengan shaumnya salafus shalih -generasi awal Islam-.


Generasi awal Islam berlomba meraih nilainya, berkutat dalam naungannya dan mengerahkan segenap kekuatan fisik dan kekuatan jiwa untuk mengisinya.

Siang hari mereka adalah kesungguhan, produktifitas dan profesional.

Malam hari mereka adalah malam-malam meraih bekalan ruhani, tahajjud dan tilawatul Qur’an.

Sebulan penuh mereka belajar, beribadah dan berbuat baik.


Lisan mereka shaum, jauh dari berkata yang tidak ada manfaatnya, apalagi kata-kata kasar, jorok dan dusta.


Telinga mereka shaum, tidak mendengarkan pernyataan sesat, negatif dan sia-sia.


Mata mereka shaum, tidak melihat yang diharamkan dan perbuatan tidak senonoh.


Hati mereka shaum, tidak terbersit untuk melakukan kesalahan atau dosa.


Dan tangan mereka, tidak digunakan untuk mengambil yang tidak halal dan tidak menyakiti.


Berbeda dengan muslim sekarang ini.


Di antara mereka ada yang menjadikan Ramadhan sebagai musim ta’at kepada Allah swt. dan melipatgandakan kebaikan.


Mereka shaum siang harinya dengan sebaik-baiknya. Mereka qiyam Ramadhan –shalat tarawih dan tahajjud- dengan sebaik-baiknya.


Mereka bersyukur kepada Allah swt. atas nikmat yang diberikan, dan mereka tidak lupa saudara-saudara mereka yang lemah dan tidak beruntung.


Mereka berusaha meneladani Nabi, sebagai orang yang paling dermawan dan paling banyak berbuat baik dalam bulan Ramadhan, laksana angin yang tertiup.


Kelompok lain adalah, kelompok yang tidak pernah tahu dan sadar akan kebaikan Ramadhan. Mereka tidak merasakan manfaat dari bulan Ramadhan. Mereka tidak peduli dengan shiam dan qiyam. Mereka tidak tahu dan tidak mau tahu keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.


Padahal Allah swt. menghidangkan Ramadhan bagi qalbu dan ruh –hati dan jiwa- sekaligus. Sedangkan mereka malah menjadikan Ramadhan untuk memperturutkan syahwat perut dan mata (tidur) semata.


Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai upaya menyemai sikap kasih sayang dan kesabaran. Justeru mereka menjadikannya sebagai ajang amarah dan mengumpat.


Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai wahana meraih sakinah –ketentraman- dan keteduhan. Mereka malah menjadikannya sebagai bulan pertengkaran dan perselisihan.


Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai momentum perubahan diri, namun mereka hanya merubah jadwal makan belaka.


Allah swt. menghadirkan Ramadhan untuk menggugah si kaya agar peduli dengan yang tak berpunya. Namun mereka menjadikannya sebagai ajang memperbanyak makanan dan minuman dengan aneka ragamnya.


Semoga umat muslim melaksanakan shaum Ramadhan adalah dalam rangka meraih janji Allah swt. taqwallah, bertaqwa kepada Allah swt. sebagaimana yang diperintahkan Al Qur’an, dengan demikian mereka akan keluar dari Ramadhan menjadi orang-orang yang suci (fithri) dan dosanya terhapuskan, biidznillah. Allahu a’lam

Sunday, August 2, 2009

Pelajar telah menjadi MAHASISWA IAIN

Tahniah kepada Pelajar IIQ

Setelah mengharungi perjalanan jauh dan rintangan untuk sampai ke Surabaya kini mereka telah digelar sebagai MAHASISWA IAIN.

Seramai 5 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan telah daftar di IAIN di Fakulti masing-masing.
Kami paparkan gambar pelajar sebagai motivasi semua pihak. Gambar seterusnya sila klik link GAMBAR di atas







.

Friday, July 17, 2009

Pelajar IIQ Dah Sampai Jakarta


Alhamdulillah pelajar IIQ kini sudah berada di Jakarta naik Airasia dari Kuching. Seramai 9 pelajar (5 laki dan 4 perempuan) akan meneruskan pengajian di IAIN Sunan Ampel Surabaya bagi mengambil Ijazah.

Bagi pelajar yang baru pergi ke Jakarta di bandar Metropolitan, pelajar ini dibawah melawat sekitar Bandar Jakarta, maklum saja kebanyakan pelajar ini baru pertama kali menjejak kaki di Jakarta.

Kita sama-sama berdoa agar pelajar IIQ dapat meneruskan misi dan menambah bekalan bagi kelangsungan dakwah di bumi kenyalang, amin.

Friday, July 3, 2009

Penghantaran Pelajar IIQ


Pihak IIQ sekali lagi akan menghantar pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke IAIN Sunan Ampel Surabaya Indonesia. Pelajar akan mengambil Ijazah Sarjana Muda di sana selama 4 tahun. Pelajar lelaki seramai 5 orang akan bertolak dari Kuching ke Jakarta pada 16 Julai 2009.

Pihak IIQ buat pertama kali akan menghantar pelajar perempuan seramai 4 orang bagi mengikuti kursus yang sama. Pelajar akan dihantar sendiri oleh Pengetua IIQ iaitu Ustaz Ali Fathulloh Harun dan Kak Nidah bagi mengiringi pelajar perempuan.

Bagi penghantaran pelajar memang memerlukan banyak belanja terutama kos makan minum sepanjang perjalanan, tambang pengangkutan serta persediaan keperluan pelajar. Pelajar ini merupakan aset untuk kita semua dan bakal kader-kader Sarawak. Bagi melancarkan urusan tersebut, sumbang wang ringgit dari semua pihak sangat dialu-alukan. Semoga amal jariah kita sebagai saham kita di akhirat nanti amin.

Friday, May 22, 2009

Sekitar Aktiviti Pelajar IIQ

Sebagai Pelajar Institut Iqra, mereka sangat seronok dengan aktiviti harian mereka selain itu juga mereka banyak mengikuti aktiviti luar seperti Perkhemahan, Jaulah, Riadhah, Gotong-royong dan sebagainya.

Kalau nak tahu datanglah sendiri ke Madrasah Al-Qur'an di Kampung Baru Bintulu, yang paling seonoknya kalau anak-anak kita sendiri yang berada bersama pelajar lagi best.







Thursday, March 12, 2009

Aktiviti Pelajar IIQ




Selamat berkenalan


INSTITUT IQRA’

Latarbelakang :

Institut IQRA’ adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untk mengajnur kursus-kursus dan latihan-latihan sumber kemanusiaan dalam rangka melahirkan generasi yang berkualiti sejajar dengan program modal insan kebangsaan.

Institut ini bertapak di Bintulu Sarawak dan digerakkan oleh anak-anak tempatan yang berkelulusan dan berkelayakan serta berpengalaman dalam bidang latihan-latihan, kaunseling, dan aktiviti-akviti keagamaan.

Institut ini menggariskan beberapa bentuk program dan salah satu daripadanya adalah Kursus Pengajian Islam Dan Arab yang akan dilaksanakan pada tahun 2008. Selain itu terdapat kursus-kursus lain yang akan dijalankan mengikut keperluan dan kemampuan institut.

KURSUS PENGAJIAN ISLAM DAN ARAB

Program ini merupakan sebuah kursus dan latihan yang akan memberi panduan dan bimbingan kepada para peserta dalam bidang pengajian Islam seperti akidah, ibadah, akhlak, al-Quran dan seumpamanya bagi mengisi keperluan-keperluan rohani agar akan lahir tunas muda yang mempunyai jati diri dan semangat waja dalam berdepan dengan berbagai cabaran globalisasi serta lain-lain ancaman terhadap agama , bangsa dan negara.

Firman Allah :
“Allah mengangkat daripada orang-orang beriman daripada kalian dan orang yang diberi ilmu ke beberapa darjat”

Sabda Rasulullah saw. :
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka diberi-Nya kefahaman agama”.


Selain itu para peserta akan diberi latihan (teori dan amali) dalam berdakwah atau kerja-kerja sosial sebagai pendedahan dan persiapan kepada mereka dalam memberi khidmat atau berdakwah kepada masyarakat pada masa akan datang.

Umat Islam adalah umat terbaik yang dikeluarkan Allah dari kalangan manusia apabila mereka berilmu, beriman dan melakukan amal kebajikan (kemasyarakatan) seperti berdakwah.

Usaha dakwah merupakan warisan yang ditinggalkan Nabi saw., kemudian diteruskan oleh para sahabat seterusnya sehinggalah sampai ke generasi kita sekarang ini.

OBJEKTIF

Melalui kursus ini, pihak Institut IQRA’ menggariskan beberapa objektif untuk dicapai iaitu ;

Menyediakam sebuah media pengajian Islam yang bersepadu, sistematik dan praktikal kepada masyarakat Islam.

Melahir generasi muda yang berakhlak dan bercirikan Ke-Islaman seirngan dengan program pembangunan sumber manusia negara.

Menyemarakkan usaha ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ dalam membendung gejala sosial tidak sehat yang merunsingkan.

Nama dan alamat

KURSUS PENGAJIAN ISLAM DAN ARAB

INSTITUT IQRA’, 457 kampung Baru, 97000, Bintulu, Sarawak

bentuk dan periingkat

Kursus ini adalah berbentuk TEORI dan AMALI pada peringkat SIJIL.
Kumpulan sasaran dan syarat

Kursus ini akan melibatkan remaja atau generasi muda Islam yang memenuhi syarat-syarat seperti di bawah ;

1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Menjaga solat lima waktu
3. Boleh membaca al-Quran dengan baik
4. Berakhlak baik
5. Bersiap untuk dibimbing dan dididik
6. Sehat tubuh badan
7. Mampu untuk menghafal
8. Berusia tidak melebihi 25 tahun

Berapa banyak belia dan remaja Islam yang lalai dan telah mensia-siakan potensi yang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang baik dan positif contohnya seperti mengikuti kursus seumpama ini demi kebaikan bagi mereka sendiri juga?

Matapelajaran yang diajar

Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut ;
Akidah / Tauhid
Fekah (Fekah Ibadah)
Al-Quran dan Ulumul Quran
Hadis dan Mustalah Hadis
Sirah Islam
Tasawur Islam / Tsaqafah
Bahasa Arab (asas)

Ko-kurikulum dan aktiviti

Sealain daripada belajar di kelas, pelajar akan dibawa mengikuti aktiviti-aktiviti luar, diberi latihan pidato, khutbah, LDK, lawatan sambil belajar dan seumpamanya.

Tempoh belajar
Tempoh kursus adalah selama SATU TAHUN
 

©2009 Institut Iqra | by TNB