Wednesday, September 8, 2010
Sambut Aidilfitri ikut acuan akidah
BEGITU pantas masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma.
BEGITU pantas masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma.
Hari-hari terakhir sebegini sesetengah umat Islam sedang sibuk dengan hal menguruskan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri (Arab, Idulfitri).
Apa lagi kanak-kanak, memang merekalah yang paling gembira. Maklumlah segala-galanya serba baru. Pakaian baru, kasut baru, baju baru dan pendek kata semuanya baru.
Ibu bapa pula sanggup berhabisan untuk berbelanja semua itu. Tidak kisah dan tidak mengapa, kerana beraya pun setahun sekali.
Gedung dan pasar raya bagaikan berpesta, kerana semua turun berkampung, malah segala mak nenek dan keturunan dikerah ke pasar raya. Kelabu mata dibuatnya dengan tawaran, 'sale' dan harga runtuh.
Berkumandang lagu raya di corong radio dan televisyen, manakala jalan raya sesak memanjang ke mana-mana destinasi dan pendek kata Syawal yang bakal diraikan serba meriah.
Pada hari raya memang patut kita bergembira, maklumlah sudah sebulan kita berlapar menahan ujian berpuasa. Cuma kali ini sedikit coretan untuk remaja, Muslimin dan Muslimat konsep hari raya menurut Islam.
Idulfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadan.
Ramadan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah.
Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).
Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Quran, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.
Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.
Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.
Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja.
Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadan berteraskan akidah, maka cara menyambut Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.
Bukan sahaja dengan solat Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.
Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment