Friday, July 3, 2009

Penghantaran Pelajar IIQ


Pihak IIQ sekali lagi akan menghantar pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke IAIN Sunan Ampel Surabaya Indonesia. Pelajar akan mengambil Ijazah Sarjana Muda di sana selama 4 tahun. Pelajar lelaki seramai 5 orang akan bertolak dari Kuching ke Jakarta pada 16 Julai 2009.

Pihak IIQ buat pertama kali akan menghantar pelajar perempuan seramai 4 orang bagi mengikuti kursus yang sama. Pelajar akan dihantar sendiri oleh Pengetua IIQ iaitu Ustaz Ali Fathulloh Harun dan Kak Nidah bagi mengiringi pelajar perempuan.

Bagi penghantaran pelajar memang memerlukan banyak belanja terutama kos makan minum sepanjang perjalanan, tambang pengangkutan serta persediaan keperluan pelajar. Pelajar ini merupakan aset untuk kita semua dan bakal kader-kader Sarawak. Bagi melancarkan urusan tersebut, sumbang wang ringgit dari semua pihak sangat dialu-alukan. Semoga amal jariah kita sebagai saham kita di akhirat nanti amin.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Institut Iqra | by TNB